Sunday, April 01, 2012

RINDU TERLARANG

Pesan purnama pada pungguk
 Biasan cahaya sayang direguk
 Bukan merayu bukan memujuk
 Harapan biar jangan sampai rajuk
 Maaf kerana keterlanjuran
 Aku khayal dek kemanisan
 Tanpa bicara ku ciptakan
 Hakikat ruang yang berbedaan
Ku bina bingkai cermin diri
 Untuk setia berpaling
 Dari menatap seorang satria
 Tak mampu mengelak mainan rasa
 Gurindam nafsu bisikan Iblis
 Cuba merajai hati Hawa
 Beralun merdu rindu terlarang
Lewat sedar…
 Pasrah dalam hiba
 Ku susun baris-baris taubah
 Agar lenyap jelaga-jelaga dosa
 Yang merantai jasad
 Pasti terungkai
 Tika ku ketuk pintu maghfirahMu
 Tenang dalam kembaraku
Ya Rabb,
 Engkau yang bersemayam di atas A’rasy
 Maha Pemberi Petunjuk dan Maha Pengampun
~ Sutera Kasih ~
 

 * Syukur…, Wahyu Ilahi mematikan segala alpa…
 “Inilah janji-Ku yang benar
 sesungguhnya terhadap hamba-Ku
 tiada berhak engkau menguasainya
 kecuali orang yang mahu mengikut
 engkau antara orang-orang yang sesat”
 (Surah al-Hijr ayat 41-42)

No comments:

Post a Comment