Apabila tembok kesombongan
kau bina kukuh
Mencanang kebaikkan
Mendabik dada angkuh
Lontaran seligi pujian
Bakal meruntuhkan
Jeriji-jeriji keimanan
Bakal luruh segala amalan
Bagai gugurnya dedaunan kekeringan...
Lalu...
Apakah sebenarnya
yang kau mahu...?
#"Seorang insan ikhlas akan menyembunyikan amal-amalnya dari pandangan manusia sebagaimana dia menyembunyikan keaiban-keaibannya."
No comments:
Post a Comment