MENYIMPAN DIAM
Kemarin…
bergegar ruang udara
bergetar satu suara
memeritkan gegendang telinga
gementar sesusuk jiwa
terhurai segala teka
mencabar minda yang sedia ada
terpukau aku seketika…
Siapakah berani bersuara…
melaungkan hak kebenaran
mengakui kesilapan
membela penindasan
Saat aku meniti sabar
keperibadian ku tercalar
kejujuran ku dikelar-kelar
hanya kerana aku mengalah
akulah yang salah…
Dalam diam tak bermakna aman…
Dalam diam kadang tersimpan dendam..
Dalam menyimpan diam
Ku selusuri permai alam
Ku gapai manis salam
menjadi seorang pendiam…
No comments:
Post a Comment