Hari ini…
kabus mengiringi
Saat aku melintasi
titian berduri
ku bawa seberkas kenangan
yang masih tersimpan
kemas kini
di lelaman nurani
ku dengar
hingar bingar
derapan telapak kaki
menderu mengejar mencari-cari
tanpa aku sedari
titian berduri telah aku lewati
Bisakah aku terus tersenyum, menipu diri
kerana kini
telah aku tinggalkan apa yang aku miliki
warna-warni puisi gemala hati
yang pasti…
tidak mungkin untuk aku berpaling lagi…
No comments:
Post a Comment