Aku dan Facebook
Facebook dan aku…
Apa yang aku fikirkan
Apa yang kalian fikirkan
Catatlah di kotak minda yang di sediakan
Apakah seiringan dengan kewarasan akal fikiran
Berkongsi walaupun secalit minda kebenaran
Atau hanya luahan hati nan geram
Yang hanya mengundang persengketaan
Sesama insan
Aku dan Facebook
Facebook dan aku
Terkadang nawaittu tercela
Teguran masih terasa
Terpesona klise bahasa
Teresan hati tiada yang menyangka
Berpuak-puak semakin ketara
Menuding jari sesama kita….
Aku dan Facebook
Facebook dan aku
Pertemuan di alam siber
Terkadang merangkai kuntuman cerita
Fenomena sandiwara kita
Hipokrasi dan pura-pura
Atau sebenarnya luahan nyata
Tak siapa yang dapat menduga…
Mungkin kita hanya mengandaikan sahaja
Aku dan Facebook
Facebook dan Aku
Apa yang aku fikirkan
Kini aku catatkan
Bukan di kotak minda ingatan yang disediakan
Tertanam jauh di lubuk hati nan tenteram
Setiap kebaikan ada ganjaran
Setiap kejahatan ada balasan
Setiap kata-kata akan di pertanggung jawabkan
Setiap perbuatan ada perhitungan
No comments:
Post a Comment