Wednesday, December 15, 2010

DI HUJUNG JULAI

Lewat senja
Aku terbuai
Merenung di ambang batas
Semilir angin menderu
Gelora menyapa diri
Menyentak lamunanku
Kau tak mungkin tahu
Sesuatu yang pernah aku tinggalkan dulu
Malam…
Izinkanlah aku
Meleraikan kerudung hatiku
Menyisir segala kusut serabut pilu
Melulur segala kedut di kalbu
Izinkanlah aku…
Membisikkan segalanya lewat angin lalu…
Alam…
Antara lembar dedaun malam
nan kelam
Kembalikanlah kalam
Agar dapat ku kutip semula segala ilham
Agar dapat aku lorekkan kembali puisi gemalai
Yang telah jauh aku tinggalkan di hujung Julai…
Bulan…
Ku kutip tempias sinarmu
Buat penyeri telahan jiwaku
Ku seru kembali pulih semangat
Biar berjejeran kuyup keringat
Memacak semula keberanian
Bertunjangkan keikhlasan
Mengembang minda melestari anjakan
Kini aku sedari...
Segala yang ku tinggalkan di hujung Julai
bukan hanya bucu acahan gurauan
Segala yang ku tinggalkan di hujung Julai

membangkit penangkir fikir
buat menemani kembaraku...

1 comment: