Semarakkanlah kata
Susunlah atur bicara
Alunkanlah gemaan balada
Rangkaikanlah dengan bahasa
Apa yang aku rasa
Apa yang aku lihat
Apa yang aku dengar
Tiga indera…. Berwaspada…
Di hujung Julai
Aku bangkit dari mimpi
Bersendiri meniti sepi
Menemukan buana maknawi
Biarpun
Angin bertiup kencang
Halilintar menjerit
Guntur mengaum membelah langit
Terik mentari mengigit kulit
Aku masih lagi terkial-kial
Di zikir perjalanan ini
Melapangkan lorong sempit fikrah diri
Menobat salam perpisahan
Pada pidana silam.. keserakahan
Di hujung Julai
Aku mencari-MU
Hingga ke ufuk senja
Tika tirai malam semakin berjuntaian
Dalam kepekatan malam
Pasrah jihad mendakap diri
Bersimpuh…
Jemala lesu
Meleleh airmataku
Menginsafi diri..
Di hujung Julai
penuh erti....
penuh erti....
No comments:
Post a Comment