Ku layari bahtera keimanan
ke pelabuhan keinsafan
aku..takut lemas di lautan
belum pun sempat tiba ke pengkalan
Apalah erti perjuangan...
tanpa keredhaan dariMu Tuhan
Berikanlah aku secebis kesempatan
Tenggelamkan segala kejahilan lawan
Pada sekeping hati yang bungkam
izinkan aku memenuhi ruang yang kelam
Berlabuhlah.. bahtera iman
renjiskan kekusyukkan
membasuh kealpaan
menyirami kekosongan
Tempiaskan sinar ketaqwaan
pada sekeping hati yang ingin ku tawan...
Andai aku lemas di antara gelora arus persimpangan..
Aku pasrah dan redha kerana inilah hakikat perjuangan....
No comments:
Post a Comment