Monday, February 11, 2013

ŚÚŃĂŃ МÚŚĂŦĨŔ

Baru sahaja selesai membaca kesinambungan
novel-novel penulis kegemaranku.
Novel terakhir 'Sunan Musafir'
Ramlee Awang Mursyid dalam karyanya kali ini lebih
banyak bermain dengan 'ruang dan waktu'.
Lebih menitikberatkan 'cinta dan airmata'.
Mengutamakan 'perjuangan dan kesabaran'.
Yakinilah... pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa,
ALLAH itu mencukupi segala-galanya.
Pastinya ramai yang jatuh cinta pada perwatakan Laksamana Sunan.
Dari awal ketika membaca novel 'Bagaikan Puteri', aku tertarik
dengan musyaf dari Laksamana Sunan ni..
'Awan... kalau dapat ku capai, maka saktilah hamba.'
" Apabila hujan turun,
melimpahlah air dari perbukitan,
aliran menujah batu,
melekuk tanda waktu beralib,
seiring nyawa menghanyut usia,
sejalan nafas melangkah ke hujung."
 dan yang paling terkesan di hati ini ialah syair
Laksamana Sunan buat isteri tercinta Sang Ratu...
"laksana langit mencengkam purnama,
ibarat mutiara di lautan biru,
saujana mata memandang,
seluas langit terbentang.
Tatkala cinta berbisik,
suaranya memuji TUHAN
Pabila rindu terusik,
rasulnya jadi pilihan.
Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian."

No comments:

Post a Comment