Sunday, January 06, 2013

PENCARIAN INI...

Aku mencarimu merata
Di antara putaran tamadun dunia
Rimas keringat merobek sukma
Merengkuh arus minda
Dalam temaram cahaya
Langkah semalam tidak serupa

Aku mencarimu di sisi
Atas apa aku berdiri
Bila mengenali diri sendiri
Di manakah permata budi
Masih belum ku temui…

Ilham :~ Sutera Kasih

3 comments:

  1. Andai aku di beri pilihan…
    AKu mahu cinta seperti bulan…
    kerana sang bulan sentiasa di temani sang bintang…
    AKu mahu cinta seteguh pantai…
    kerana pantai tidak akan berubah di pukul ombak…
    AKu mahu cinta selembut angin…
    kerna kehadirannya pasti menyenangkan…
    AKu mahu cinta seperti burung…
    bertebangan dan berkicauan bersama-sama…
    Tetapi apakan daya aku hanyalah insan biasa…

    sepituindah
    spgk

    ReplyDelete
  2. punggok...
    hadir mu
    x siapa yg jenguk
    x siapa yg sambut

    punggok...
    namun kau hadir jua
    walau bulan di kelilingi bintang
    walau bulan mengambang penuh

    punggok
    saban hari
    saban malam
    kau mengintai bulan

    punggok
    akan tetap hadir
    akan tetap bertamu
    walau tanpa
    permaidani merah
    menanti kedatangan
    PUNGGOK

    sepituindah
    spgk

    ReplyDelete
  3. Di mana langit terlalu kelam
    Suram menaburkan hitam di mana-mana
    Telah berkuburnya sekeping hati
    Mati dibunuh segerombolan janji

    Datang dia entah dari pelusuk mana
    Membawa segenggam pelangi dan secangkir bicara
    Lalu dia tebarkan jala sapta warna dan panca rangkai kata
    Menyihir kuburan jiwa dan menyeru nyawa
    Perlahan nafas memainkan gita

    Di malam hari ini
    Dongaklah mengintai bulan di langit tinggi
    Cahaya peraknya benar membelai
    Gemilang menenangkan resah qalbi
    Menjanjikan euforia sehijau musim semi

    Duhai malam yang mengusir derita dan menjemput bahagia
    Bulankan kekal bersinar meraikan jiwa

    ReplyDelete