Salam Kasih Selembut Sutera,
Ukhuwah yang terjalin akan menjadi kenangan kerana kita pernah ditemukan. Terimakasih teman atas segala kehangatan, senyuman, canda tawa dan kenangan yang telah kau berikan.
Terimakasih kerana telah memberi
warna-warni dalam hidupku. Setiap lakaran senyuman, hilai tawa dan titisan airmata yang tertumpah akan menjadi saksi atas jalinan ukhuwah yang selama ini kita simpul seerat-eratnya.
Kita adalah sebahagian daripada kecintaan yang sempat singgah
di permukiman ini, benua rindu yang cukup membekalkan erti kehidupan yang sulit ditinggalkan begitu sendiri tapi terpahat selamanya dengan tinta ingatan yang subur haruman di sanubari sampai kini. Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan,yang tinggal hanyalah kenangan...
No comments:
Post a Comment