Malam ini terasa kelam
Rembulan pun turut suram
Saat sepi mengurung diri
Aku mula menghitung
Jejak telapak kaki
Kiranya
Telah jauh kelana ku ini
Gemersik malam
Lenaku dicalar mimpi ngeri
Mencitra kembali jajar jalur
Jurai dingin tengah malam
Melimbai kenangan silam
Aku mula menimbang
Beratnya keladak dosa
Bergetar sukma…
Keringat melemaskan
Di penghujung fajar subuh
Mencungap…
Ku suarakan sumbang sesal
Ku gapai bahasa rindu…
Kerana aku tahu…
Ada cinta di langit ke tujuh…
Ada cinta… di langit ke tujuh…
Ada cinta….. di langit ke tujuh…
No comments:
Post a Comment