Sajak anakanda buatmu AYAHANDA…
♥ Tiada kata secantik bahasa… Tiada ucapan seindah doa… ♥
Setulus kasih
Sebening ingatan
Ku bawa meniti kini
Di balik segaris nostalgia
Di balik segaris nostalgia
menggamit alam kenakalan
Hilai tawa, rengek manja
Tangis rajuk seorang anakanda
Yang belum kenal erti pengorbanan
Sekandil cahaya kasih
Secerah sinar harapan
Kekar dalam ambal kenangan
Kasihnya seorang ayah
Menghadapi segala jerit payah
Senyum mendiami kamar rahsia
Dengan kelir jiwa di anjung rasa
Dalam dambaan syahdu
Ku gubah puisi rindu
Ku susun nada-nada indah
Ku mohon doa-doa bahagia
Buat ayahanda
Wira perkasa
Sepanjang masa
Dulu, kini dan selamanya…
Sempena Hari Bapa 19/06/2011
No comments:
Post a Comment