Dimanakah ilhammu kini…
Lenyapkah teratai…
Hapus sudahkah keindahannya?
Jari yang mulanya kaku..
Ilham yang semakin layu.
Seakan menghirup nafas baru…
Walaupun tulisan masih bercelaru..
Tiada butir untuk diburu..
Apakah yang akan ku kupas..??
Ahh….Idea dimanakah kamu??
Ingin ku bentak memaksa diri..
Memarahi akal yang seakan pergi…
Ku renungi kertas putih dihadapanku..
Kosong….
A B see?….Aku Buntu…
Ahhh…. Ilhamku tiada…
Namun hadir epilog yang tidak ku jangka..
Seorang teman mengukir bicara..
Merumuskan kebuntuan didalam minda..
Mengatur rangkaian patah katanya…
“terataindah...
bungamu yg dulu mekar mewangi,
kini layu tanpa disedari,
kapan bisa jadi begini?..
kerana dirimu teratai yg sunyi...
sunyi dikau kerana diri,
diri terhanyut dibuai mimpi..
mengapa jadi begini?
kerana dikau teratai yg sunyi....”
Mungkinkah benar hujahmu itu???
Ahhhh….
Ilhamku masih tiada..
HASIL PENA : terataindah
No comments:
Post a Comment