Julai…
Kau hadir lagi
Tanpa aku sedari
Usia bertambah
Setahun lagi
Itu pasti…bukan mimpi…
Di balik cermin waktu
Aku melihat..
Aku merasa
Di setiap garis warna pelangi
Itulah keindahan yang aku lalui
Di setiap warna jelaga rawan
Itulah kepahitan yang aku harungi..
Pengalaman menjadikan aku…
Lebih dewasa…
Julai…
Selagi tarikan nafas
Ini masih lagi dipinjam
kehadiranmu kali ini..
Inginku titipkan
Segala rahsia hati
Ingin aku sandarkan segala
Memori suka dan duka…
Ingin aku lakarkan secebis
Coretan hati
Hari ini adalah anugerah..
Ingin aku manfaatkannya
Agar aku bisa menjadi hamba yang bertaqwa..
Semalam adalah sejarah..
Ingin aku menjadi hamba yang sentiasa
Mensyukuri segala nikmat dan kurniaan Tuhan..
Esok adalah teka teki…
Yang hanya padaNYA terletak
segala yang bakal aku hadapi
Dan….
Ingin aku menjadi hamba yang redha di atas segala
Ketentuan Illahi
Julai…
Yang pasti..
Aku ingin menjadi hamba yang sentiasa
mengingati mati kerana itulah
kehidupan yang kekal abadi…
dan..
Julai..
belum tentu
Kau akan ku temui lagi…
Kerana…
Itu rahsia Illahi…
No comments:
Post a Comment