Dua Satu Enam Lima
Nombor keramat bagi seorang sahabat
Bertambah setahun daripada Empat Empat
Empat Lima itu yang tepat
Kalau dapat kiranya aku mengisbat
Perjalanan hidupmu sudah melampaui empat dekad
Asar sudah ditinggalkan
Maghrib kian mendekat
Mohonlah maghfirah mohonlah rahmat
Semoga kehidupanmu dikelilingi berkat
Dijauhkan godaan makhluk yg dilaknat
Tidak diri dibelenggu diikat
Dengan keasyikan dosa dan maksiat
Aku tidak membawa wang sekarung
Juga tiada hadiah nak dikalung
Doaku sempena hari lahirmu yang disanjung
Cukuplah agar kau menjadi insan yg beruntung
Ya Allah Ya Rabbul 'Izzati
Berkatilah usia dan kehidupan sahabatku ini
Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui
Apa yang terkandung di dalam dada setiap hamba Mu ini
Sesungguhnya...
Engkaulah Tuhan Yang Maha Memberi
Kurniakanlah dia tempat yang terpuji
Sesungguhnya...
Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengasihani
Kasihi dan sayangilah sahabat ku ini
Sesungguhnya...
Engkaulah Tuhan Yang Maha Mendengar
Doa ikhlasku dari hati ke hati
Sesungguhnya...
Engkaulah Tuhan Yang Maha
Segala-galanya....
Amiinn...amiinn...
Ya Rabbal 'alamiinnn
HASIL PENA: JAKSA
No comments:
Post a Comment