Wednesday, June 23, 2010

PUISI BUAT AYAH ( Sempena Hari bapa :- Ahad, 20/6/2010)

Ayah…
Entah bila masanya kita
pernah berbicara
Entah bila masanya kita
pernah bergurau senda
Tika fajar kian menyingsing
akan hilang kelibatmu
mengayuh basikal burukmu

Di tengah terik pijar mentari
Keringat membasahi diri
Mencari pengalas lapar untuk
anak dan isteri
mencari sara hidup sehari-hari

Pulangmu…
Tika senja nan merah
mula mengorak langkah
Malammu…
Hanya dibaluti rasa letih
Bila segala urat-urat kasarmu
menjerit pedih merintih

Lena lelapmu…
Diselimuti
jajahan semangat
untuk esok hari

Ayah..
Ku bingkai segala
Jasa dan pengorbananmu
di dinding laman hayatku

Tiada kata secantik bahasa
Tiada ucapan seindah doa
Salam kasih dari anakmu
yang mahu
untuk berterimakasih….

No comments:

Post a Comment